Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11

Korang terpilih ke temuduga Pembantu Operasi Gred N11 (Sarawak) utk ambilan di Jabatan Perdana MenteriĀ  pada 29 Januari 2024 – 1 Februari 2024 ini? Tahniah kalau begitu! Korang dah sebelah kaki masuk ke sektor awam. Cuma, masalahnya kini ialah – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11 yg bagus?

Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli & Kementerian Pertahanan Malaysia

Gagal dalam temuduga Pembantu Operasi N11 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Pembantu Operasi ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Pembantu Operasi’ yg hensem gila.

Nota: Penting Khusus untuk korang yang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Operasi N11 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Jabatan Perdana Menteri Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan pada 20 Disember 2023 ini. Sila dapatkan maklumat penting dan bahan latih tubi berkenaan ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan exam online Pembantu Operasi Gred N11. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi Gred N11.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi N11

Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Operasi N11 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi N11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonanan

Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Pembantu Operasi N11 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.

Semakan penjadualan temuduga

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

PEMBANTU OPERASI GRED N11 DI JABATAN PERDANA MENTERI (SARAWAK)

TARIKH TEMU DUGA : 29 JANUARI 2024 – 1 FEBRUARI 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jadual-temuduga-pembantu-operasi-n11

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Persaingan jawatan Pembantu Operasi N11

Panggilan ke temuduga jawatan Pembantu Operasi N11 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Pembantu Operasi N11 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!

Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,

Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Pembantu Operasi N11 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com

Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.

Sebelum ke contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.

Gaji Pembantu Operasi N11

Perjawatan Pembantu Operasi N11 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan.

Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pelbagai jabatan lagi.

Gaji permulaan Pembantu Operasi N11 ialah RM1,216.00 (minimum).

Kadar gaji maksimum adalah RM2,983.00.

Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM80.00.

Skop Kerja Pembantu Operasi N11

Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Operasi N11. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.

Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Operasi N11?

Ingat skop kerja Pembantu Operasi N11 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:

1) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

2) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

3) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 (berkaitan jabatan / kementerian)

Untuk temuduga kali ini, Pembantu Operasi N11 akan ditempatkan di :

  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, dan
  • Kementerian Pertahanan Malaysia
  • Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jadi korang kena study kementerian atau SUK yg terlibat ni betui2.

Soalan mengenai kementerian dan jabatan di bawahnya dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.

Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.

Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Operasi N11

  • Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Operasi N11 ni?

Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.

Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.

Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Operasi N11 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 (soalan Lazim Temuduga)

  • Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.

Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.

Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com

Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuaidan wajar dilantik ke jawatan Pembantu Operasi N11. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.

  • Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Operasi N11?

Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Pembantu Operasi N11 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.

  • Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Pembantu Operasi ini?

Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Operasi N11.

Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 (soalan popular)

Nota: Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.

  • Sila kenalkan diri awak.
  • Awak keja mana sebelum ni?
  • Gaji tinggi tu. Kenapa awak berhenti?
  • Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Pembantu Operasi N11 ni?
  • Apa tugas seorang Pembantu Operasi N11?
  • Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar di sana dan kaitannya dengan tugas Pembantu Operasi N11?
  • Apa tema kemerdekaan tahun ini ya?
  • Ingat kan Rukun negara? Apa rukun negara ke-5?
  • Sapa menteri pertahanan sekarang?
  • Apa beza Agong dengan Raja?
  • Kenapa awak nak mohon jawatan ni?
  • Siapa ketua pengarah sumber asli dan galian?
  • Apa kelemahan awak? Bagaimana awak atasinya?
  • Ada tgk belanjawan 2024? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
  • Apa beza Pembantu Operasi N11 dan Pemandu H11? Dua-dua kena bawa kenderaan kan.
  • Apa persamaan tugas Pembantu Operasi dengan Pembantu Am pejabat?
  • Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
  • Awak sanggup ke dihantar ke Sabah Sarawak?
  • Awak boleh kerja berpasukan?
  • Biasa kerja ni lebih masa. Boleh ke?
  • Jelaskan peranan negara dalam NAM?
  • Ada apa-apa soalan?

Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..

Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.

Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Operasi N11? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Operasi N11).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Operasi N11 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga SPA ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapa beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Korang rasa?

4) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Operasi N11) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan contoh soalan temuduga ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 24 jam. Jadi tak perlu lagi tunggu Pos atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja.

Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Operasi N11. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga kerja di sektor awam.

Penutup

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dikatakan soalan temuduga PTD adalah antara yang paling ‘memeningkan’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga PTD lepas di soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Pertanian Gred G41 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pegawai Pertanian G41 ini.

Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan senang dapat panggilan tau. Baca soalan temuduga Pembantu Perikanan G19 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Jabatan Perikanan Malaysia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Q29 dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penyelidik Q29 ni.

Jabatan Arkib Negara Malaysia dah mengiklankan kekosongan jawatan Pembantu Pemuliharaan S19 melalui SPA. Calon yg sesuai pun sudah ditapis dalam exam online PSEE S19 baru-baru ini. Dan kini panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Pemuliharaan S19 ni

Jabatan Imigresen sedang menantikan kehadiran para pegawai Imigresen KP19 yang bakal menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah sesi temuduga. Sila baca contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ni.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia & Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi gred W19. Kepada pembaca yang dipanggil ke sesi temuduga, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia masih menantikan kehadiran calon-calon Pembantu Muzium untuk diserap masuk ke dalam kementerian. Stage temuduga adalah peringkat paling penting dan bakal menentukan nasib korang. So, baca contoh soalan Temuduga Pembantu Muzium S19 ni utk lebih persediaan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam rangka melicinkan pengurusan rekod dan pemetaan negara. Melalui SPA, calon yg sesuai sedang disaring. Saringan temuduga adalah ketat. Jadi jika korang dipanggil, hati-hati. Perbanyakkan bacaan termasuk contoh-contoh soalan temuduga Jurugeospatial J41.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Pembantu Operasi N11 itu nanti!

1 thought on “Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11”

Leave a Comment

error: Content is protected !!