Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19

Korang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 minggu depan? Tahniah2! Masalahnya kini ialah : sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 yg bagus?

Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19

Gagal dalam temuduga Pembantu Tadbir N19 akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Pembantu Tadbir N19 ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Kerani’ yg hensem gila atau ‘Akak Kerani’ yg manis menawan.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir N19

Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonanan

Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Pembantu Tadbir N19 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.

Semakan penjadualan temuduga

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jadual-temuduga-pembantu-tadbir-n19

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Persaingan jawatan Pembantu Tadbir N19

Panggilan ke temuduga jawatan Pembantu Tadbir N19 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Pembantu Tadbir N19 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!

Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,

Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Pembantu Tadbir N19 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com

Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.

Sebelum ke contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.

Gaji Pembantu Tadbir N19

Perjawatan Pembantu Tadbir N19 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan.

Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di pelbagai Kementerian/Jabatan termasuk juga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Gaji permulaan Pembantu Tadbir N19 ialah RM1,352.00 (minimum).

Kadar gaji maksimum adalah RM4,003.00.

Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00.

Skop Kerja Pembantu Tadbir N19

Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir N19. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.

Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19?

Ingat skop kerja Pembantu Tadbir N19 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:

” Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). ”

Sementara, untuk soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 SPP, jawapan bagi skop kerja dia ada berlainan sedikit:

Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19 SPP?

Ingat dua skop kerja Pembantu Tadbir N19 SPP ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:

Aspek Perkeranian

(a) Pentadbiran pejabat
(b) Pengurusan personel
(c) Pengurusetiaan
(d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
(e) Pengurusan rekod
(f) Pengurusan kewangan
(g) Pengurusan fail

Aspek Operasi

(a) Pengurusan Keselamatan dan Ketenteraman
(b) Pengurusan kebersihan
(c) Pengurusan utiliti
(d) Pengurusan tanah dan kemudahan awam
(e) Perkhidmatan Kaunter dan pemprosesan
(f) Pengurusan data dan maklumat
(g) Protokol dan istiadat
(h) Penguatkuasaan
(i) Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi – penghantaran (coding), penerimaan (decoding) dan pemprosesan maklumat (reporting)
(j) Pengurusan aktiviti setempat

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (berkaitan jabatan / kementerian)

Untuk temuduga kali ini, Pembantu Tadbir N19 akan ditempatkan di :

  • Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Jadi korang kena study kementerian ni dan jabatan-jabatan di bawahnya betui2.

Soalan mengenai kementerian dan jabatan di bawahnya dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.

Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.

Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Tadbir N19

  • Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Tadbir N19 ni?

Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.

Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.

Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Tadbir N19 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (soalan Lazim Temuduga)

  • Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.

Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.

Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com

Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir N19. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.

  • Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir N19?

Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Pembantu Tadbir N19 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.

  • Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir ini?

Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Tadbir N19.

Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (soalan popular)

Nota: Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.

  • Sila kenalkan diri saudara.
  • Awak keja mana sebelum ni?
  • Gaji agak bagus tu. Kenapa awak berhenti?
  • Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Pembantu Tadbir N19 ni?
  • Apa tugas seorang Pembantu Tadbir N19 di Jabatan Perikanan?
  • Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar di sana dan kaitannya dengan tugas Pembantu Tadbir N19?
  • Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Tahun lepas punya ingat lagi tak?
  • Ingat kan Rukun negara? Apa rukun negara ke-5?
  • Sapa menteri pelancongan sekarang?
  • Apa beza Agong dengan Sultan?
  • Kenapa awak nak mohon jawatan ni?
  • Siapa ketua setiausaha negara sekarang?
  • Berikan lima tugas dalam aspek perkeranian? Boleh jelaskan satu-persatu.
  • Ada tgk belanjawan 2021? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
  • Apa pula tugas kerani dalam aspek operasi?
  • Sanggup kerja lebih masa?
  • Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
  • Awak sanggup ke kalau dihantar ke Sarawak?
  • Bagaimana awak mengurus tekanan?
  • Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
  • Jelaskan peranan negara dalam APEC?
  • Ada apa-apa soalan?

Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..

Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.

Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Tadbir N19? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19

Rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir N19).

Atau pun,

Korang juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Senarai soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana!

Siapa Pengeluar Rujukan Ni?

Rujukan temuduga Kerja Kerajaan ini merupakan keluaran InfoKerjaya PLT. InfoKerjaya PLT dah bantu lebih 83,000 graduan sejak tahun 2008/2009. Dah 12 tahun kot. Korang rasa kalau rujukan ni tipu, dorang (termasuk kami) masih selamat ke?

Boleh percaya ke rujukan ni?

Boleh rujuk cebisan kisah kejayaan di laman rujukan temuduga Kerja Kerajaan di atas. Tapi yang berfikir dan punya daya pemikiran normal pun boleh timbang dan tahu. Paling teruk sekali pun, korang terbaca info penting dan mustahak dalam rujukan ni! Ada lebih 250 contoh soalan temuduga sebenar di dalamnya yg korang ‘terbaca’! Dan itulah kerugian paling sadis korang.

Scam ke apa ni?

Pengeluar rujukan temuduga Kerja Kerajaan ini adalah syarikat Infokerjaya PLT yang berdaftar dengan SSM. Sebuah syarikat bumiputera yang membekalkan persiapan temuduga untuk bantu kemasukan ke sektor kerajaan sejak tahun 2008/2009. Jika ada penipuan atau sebagainya boleh rujuk terus kepada pihak KPDNHEP.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 24 jam. Jadi tak perlu lagi tunggu Pos atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja.

Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir N19. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga kerja di sektor awam.

Penutup

Jabatan Arkib Negara Malaysia dah mengiklankan kekosongan jawatan Pembantu Pemuliharaan S19 melalui SPA. Calon yg sesuai pun sudah ditapis dalam exam online PSEE S19 baru-baru ini. Dan kini untuk sesi panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Pemuliharaan S19 ni

Jabatan Imigresen sedang menantikan kehadiran para pegawai Imigresen KP19 yang bakal menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga. Sila baca contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ni.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia & Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi gred W19. Kepada pembaca yang dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Di samping itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli & juga Kementerian Pertahanan Malaysia masih menantikan kehadiran Pembantu Operasi baharu. SPA sudah mengeluarkan panggilan temuduga. Bagi calon yg layak, sila buat persiapan rapi. Dan jgn lupa baca soalan temuduga Pembantu Operasi N11 ini.

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Makmal, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘memeningkan’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga C19 lepas di soalan temuduga Pembantu Makmal C19 ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Arkib S19 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pembantu Arkib S19 ini.

Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Muzium S19 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga tau. Baca soalan temuduga Pembantu Muzium S19 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Kementerian Sumber Manusia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 (Kejuruteraan Mekanikal) dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 (Kejuruteraan Mekanikal) ni.

SPP sudah mengeluarkan hebahan panggilan temuduga kepada calon PPP DG41 yg layak. Sesi temuduga ini agak rare kerana dijalankan secara rakaman video tanpa bersemuka. Dah bersedia? Baca sedikit info mengenai contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ni.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga!

Leave a Comment

error: Content is protected !!