Korang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 pada 10 November 2024 – 15 November 2024 ni utk penempatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia? Tahniah diucapkan! Masalahnya kini – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Pembantu Tadbir Kewangan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Pembantu Tadbir Kewangan’ yg hensem gila atau ‘Akak Pembantu Tadbir Kewangan’ yg manis menawan.
Nota Penting: Bagi korang yg dapat panggilan menduduki Peperiksaan Atas Talian Bagi Memasuki Perkhidmatan Negeri Terengganu Darul Iman bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 pada 02 Mei 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 (calon Sabah dan Sarawak) untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
(JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 10 – 15 Nov 2024]
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Nota: Perhatian kepada calon yang memohon jawatan tersebut untuk menyemak emel masing-masing bagi mendapatkan arahan serta maklumat selanjutnya untuk menghadiri sesi temuduga tersebut.
Persaingan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19
Panggilan ke temuduga jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Pembantu Tadbir Kewangan W19
Perjawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan.
Calon yang melepasi temuduga kali ini akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Gaji permulaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ialah RM1,353.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM4,005.00.
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00.
Skop Kerja Pembantu Tadbir Kewangan W19
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.
Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19?
Ingat skop kerja Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 (berkaitan jabatan / kementerian)
Pada kebiasaannya, Pembantu Tadbir Kewangan W19 akan ditempatkan di :
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, dan
- Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadi korang kena study JPA dan KKM negara ni betui2.
Soalan mengenai kedua jabatan dan kementerian ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19
- Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 (soalan Lazim Temuduga)
- Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuaidan wajar dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir Kewangan W19?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 (soalan popular)
Nota: Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Sila kenalkan diri awak.
- Awak keja mana sebelum ni?
- Gaji tinggi tu. Kenapa awak berhenti?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ni?
- Apa tugas seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19?
- Awak graduan UMT kan? Apa awak belajar di UMT dan kaitannya dengan tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini ya?
- Ingat kan Rukun negara? Apa rukun negara ke-4?
- Sapa menteri kewangan sekarang?
- Apa beza Agong dengan Raja?
- Kenapa awak nak mohon jawatan ni?
- Siapa ketua pengarah JPA?
- Apa benda MQA ni? Kita kena tahu ni, sebab agensi ni berkait rapat dgn tugas W19.
- Ada tgk belanjawan 2025? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
- Apa beza PT Kewangan dengan PT P/O?
- Boleh jelaskan apa yg disebut sebagai perolehan kerajaan?
- Apa panjar ni? Ada berapa jenis panjar?
- Apa itu sebut harga?
- Apa itu tender? Apa pula beza antara kedua-dua tu?
- Apa cadangan awak untuk menjadikan Malaysia lebih proaktif dalam NAM?
- Jelaskan peranan negara dalam OIC?
- Ada apa-apa soalan?
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut.
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau korang beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu Pos atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula prepare utk temuduga!
Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga kerja di sektor awam.
Penutup
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dikatakan soalan temuduga PTD adalah antara yang paling ‘memeningkan’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga PTD lepas di soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni.
Calon yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Pertanian Gred G41 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pegawai Pertanian G41 ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan senang dapat panggilan tau. Baca soalan temuduga Pembantu Perikanan G19 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.
Jabatan Perikanan Malaysia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Q29 dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penyelidik Q29 ni.
Jabatan Arkib Negara Malaysia dah mengiklankan kekosongan jawatan Pembantu Pemuliharaan S19 melalui SPA. Calon yg sesuai pun sudah ditapis dalam exam online PSEE S19 baru-baru ini. Dan kini panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Pemuliharaan S19 ni
Jabatan Imigresen sedang menantikan kehadiran para pegawai Imigresen KP19 yang bakal menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah sesi temuduga. Sila baca contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ni.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dah mengiklankan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29 melalui SPA. Calon yg sesuai pun sudah ditapis dalam exam online PSEE NT29 baru-baru ini. Dan kini untuk sesi panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan temuduga SUK Melaka, baca info penting contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tanah NT29 ni.
Pengambilan Penolong Pegawai Pertanian G29 oleh Jabatan Pertanian Malaysia sedang giat dijalankan pada tahun ini. Ambil peluang ini sepenuhnya. Pertingkatkan persediaan dengan menghafal beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Pertanian G29 ini.
PLANMalaysia sedang dalam rangka memperkasakan perkhidmatan mereka. Antara langkah diambil ialah dengan menambah bilangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 di jabatan mereka. Andai kata korang dipanggil, syabas diucapkan. Mulakan persiapan dgn membaca beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 itu nanti!