Khusus untuk calon Sabah! Korang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Akauntan Gred W1 ambilan Jabatan Akauntan Negara (cawangan Sabah) pada 20 Januari 2025 – 23 Januari 2025 ini? Tahniah diucapkan! Masalahnya – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W1 yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga Pembantu Akauntan W1 akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Pembantu Akauntan W1 ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Pembantu Akauntan’ yg hensem gila atau ‘Akak Pembantu Akauntan’ yg manis menawan.
Nota Penting: Bagi yg dah dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 (calon Sarawak) untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 10 Mac 2024 ni, tahniah diucapkan. Dah sedia? Bagi yg belum, korang dicadangkan mendapatkan info penting ujian ini di contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1 ni.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Akauntan W1
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Akauntan W1 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Pembantu Akauntan W1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Pembantu Akauntan W1 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
- PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1 (SABAH)
(JABATAN AKAUNTAN NEGARA (SABAH))
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 20 – 23 Jan 2025]
Portal SPA :
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Persaingan jawatan Pembantu Akauntan W1
Panggilan ke temuduga jawatan Pembantu Akauntan W1 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Pembantu Akauntan W1 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Pembantu Akauntan W1 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W1, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Pembantu Akauntan W1
Perjawatan Pembantu Akauntan W1 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan.
Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di di Jabatan Akauntan Negara dan di pelbagai Kementerian/Jabatan.
Berikut adalah jadual gaji Pembantu Akauntan W1:
Gaji minimum | RM 1,500.00 |
Gaji maksimum | RM 4,680.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Gaji permulaan Pembantu Akauntan W1 ialah RM1,500.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM4,680.00.
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00.
Skop Kerja Pembantu Akauntan W1
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Akauntan W1. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.
Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Akauntan W1?
Ingat skop kerja Pembantu Akauntan W1 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W1 (berkaitan jabatan / kementerian)
Untuk temuduga kali ini, Pembantu Akauntan W1 akan ditempatkan di :
- Jabatan Akauntan Negara
Jadi korang kena study jabatan ni betui2.
Soalan mengenai ANM dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – Selain urusan kewangan, apa lagi yang Jabatan Akauntan Negara buat?
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Akauntan W1
- Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Akauntan W1 ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Akauntan W1 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W1 (soalan Lazim Temuduga)
- Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Pembantu Akauntan W1. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Akauntan W1?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Pembantu Akauntan W1 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Pembantu Akauntan W1 ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Akauntan W1.
Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W1 (soalan popular)
Nota: Contoh Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W1 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Sila kenalkan diri cik.
- Awak keja mana sebelum ni?
- Gaji agak bagus tu. Kenapa awak berhenti?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Pembantu Akauntan W1 ni?
- Apa tugas seorang Pembantu Akauntan W1?
- Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar sana & kaitannya dgn tugas Akauntan?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Tahun lepas punya ingat lagi tak?
- Ingat Rukun negara? Apa rukun negara kedua?
- Siapa menteri kewangan sekarang?
- Apa beza Agong dengan Sultan?
- Siapa KP JANM?
- Apa fungsi imbangan duga?
- Apa sumbangan yg awak boleh berikan melalui tugas sebagai Pembantu Akauntan W1 ni?
- Ada tgk belanjawan 2025? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
- Kenapa kena buat catatan bergu? Kan leceh tu.
- Di bahagian manakah kadar bayaran terakru direkodkan dalam kunci kira-kira?
- Apa itu refund? Apa sebab-sebab refund perlu dilakukan?
- Berikan tiga kepentingan mengawal tunai yg paling utama?
- Awak sanggup ke kalau dihantar ke kawasan Sarawak?
- Apakah kesan rekod kewangan yang tidak lengkap? Bagaimana mengatasinya?
- Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
- Jelaskan peranan negara dalam NAM?
- Ada apa-apa soalan, sebelum awak beredar?
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W1 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut.
Rujukan Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Akauntan W1? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Akauntan W1).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Temuduga Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Akauntan W1 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul.
Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 13 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah k. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt.
Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga kerja (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Akauntan W1) ni. Pastu baca nota-nota yg diberi. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Ayoh.. streaming sampai pagi besok!
5) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor temuduga. Bukan soalan ramalan temuduga. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerja kerajaan.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM47 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM47 pada masa ini? Tiada apa sgt pun pada masa ini. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk memuaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
“Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?” Tanya korang.
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang patut miliki dan baca segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Akauntan W1. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga kerja di sektor awam.
Penutup
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Makmal, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘memeningkan’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga C19 lepas di soalan temuduga Pembantu Makmal C1 ni.
Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Arkib S1 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pembantu Arkib S1 ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Muzium S1 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga tau. Baca soalan temuduga Pembantu Muzium S1 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.
Kementerian Sumber Manusia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera JA5 (Kejuruteraan Mekanikal) dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pemeriksa Kilang dan Jentera JA5 (Kejuruteraan Mekanikal) ni.
Kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N1 selalu ada pada setiap tahun. Dan kini untuk sesi panggilan temuduga N19 kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan temuduga, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N1 ni
SUK Melaka sedang menantikan kehadiran bakal Penolong Pegawai Tanah yang akan menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga. Sila baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tanah NT5 ni.
Kementerian Kerja Raya juga telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi gred J5. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Di samping itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Jurutera JA5 ni.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan kekosongan Pegawai Latihan Vokasional DV9 utk diisi oleh calon yang berkelayakan dan sesuai. SPA sebagai badan pengambilan yg dipertanggungjawabkan sudah mengeluarkan panggilan temuduga. Sila dapatkan beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Latihan Vokasional DV9 sebagai sebahagian daripada persiapan menduduki sesi ini.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Pembantu Akauntan W1 itu nanti dengan baik!