Korang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 04 November 2024 – 07 November 2024 ini? Tahniah diucapkan! Masalahnya kini – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Pembantu Tadbir N19 ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Kerani’ yg hensem gila atau ‘Akak Kerani’ yg manis menawan.
Nota Penting: Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 11 Ogos 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19.
Khas untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan online REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 yang dijadualkan pada 12 Jun 2024 – 19 Jun 2024 ini. Setinggi-tinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di Nota Exam REQT Sarawak (JKR).
Untuk korang yg terlibat dengan peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 untuk pengambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu pada kali ini. Buat persediaan secukupnya sebab peluang tidak selalu datang. Dapatkan bahan latih tubi dan ulangkaji di contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ini.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir N19
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Pembantu Tadbir N19 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 4 – 7 Nov 2024]
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Nota:
Perhatian kepada calon yang memohon jawatan tersebut untuk menyemak emel masing-masing bagi mendapatkan arahan serta maklumat selanjutnya untuk menghadiri sesi temuduga tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi SPA Kedah di :-
Emel : espa@kedah.gov.my
eTiket eSPA
Persaingan jawatan Pembantu Tadbir N19
Panggilan ke temuduga jawatan Pembantu Tadbir N19 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Pembantu Tadbir N19 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Pembantu Tadbir N19 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Pembantu Tadbir N19
Perjawatan Pembantu Tadbir N19 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan.
Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di pelbagai Kementerian/Jabatan termasuk juga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Gaji permulaan Pembantu Tadbir N19 ialah RM1,352.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM4,003.00.
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00.
Semakan keputusan temuduga Pembantu Tadbir N19
Bagi korang yang dah menduduki temuduga Pembantu Tadbir N19 pada sesi interview yang lepas, keputusan temuduga Pembantu Tadbir N19 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA.
Semakan keputusan temuduga Pembantu Tadbir N19 boleh dibuat melalui pautan berikut:
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Tinggal tunggu surat lantikan sementara saja korang sekarang kan.. Wah, bukan main.
Bagi korang yang baru nak duduk temuduga Pembantu Tadbir N19 ni, kalau nak lulus temuduga juga, sila teruskan membaca.
Skop Kerja Pembantu Tadbir N19
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir N19. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.
Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19?
Ingat skop kerja Pembantu Tadbir N19 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Sementara, untuk soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 SPP, jawapan bagi skop kerja dia ada berlainan sedikit:
Apakah skop kerja / deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19 SPP?
Ingat dua skop kerja Pembantu Tadbir N19 SPP ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Aspek Perkeranian
(a) Pentadbiran pejabat
(b) Pengurusan personel
(c) Pengurusetiaan
(d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
(e) Pengurusan rekod
(f) Pengurusan kewangan
(g) Pengurusan fail
Aspek Operasi
(a) Pengurusan Keselamatan dan Ketenteraman
(b) Pengurusan kebersihan
(c) Pengurusan utiliti
(d) Pengurusan tanah dan kemudahan awam
(e) Perkhidmatan Kaunter dan pemprosesan
(f) Pengurusan data dan maklumat
(g) Protokol dan istiadat
(h) Penguatkuasaan
(i) Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi – penghantaran (coding), penerimaan (decoding) dan pemprosesan maklumat (reporting)
(j) Pengurusan aktiviti setempat
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (berkaitan jabatan / kementerian)
Untuk temuduga kali ini, Pembantu Tadbir N19 akan ditempatkan di :
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, atau
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, atau
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Jadi korang kena study kementerian ni dan jabatan-jabatan di bawahnya betui2.
Soalan mengenai kementerian dan jabatan di bawahnya dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Tadbir N19
- Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Tadbir N19 ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Tadbir N19 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (soalan Lazim Temuduga)
- Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga. Tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta. Dan tidak kira sama ada Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahupun Temuduga Secara Bersemuka (TSB).
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir N19. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir N19?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Pembantu Tadbir N19 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Tadbir N19.
Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 (soalan popular)
Nota: Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Sila kenalkan diri saudara.
- Awak keja mana sebelum ni?
- Gaji agak bagus tu. Kenapa awak berhenti?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Pembantu Tadbir N19 ni?
- Apa tugas seorang Pembantu Tadbir N19 di Jabatan Perikanan?
- Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar di sana dan kaitannya dengan tugas Pembantu Tadbir N19?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Tahun lepas punya ingat lagi tak?
- Ingat kan Rukun negara? Apa rukun negara ke-5?
- Sapa menteri pelancongan sekarang?
- Apa beza Agong dengan Sultan?
- Kenapa awak nak mohon jawatan ni?
- Siapa ketua setiausaha negara sekarang?
- Berikan lima tugas dalam aspek perkeranian? Boleh jelaskan satu-persatu.
- Ada tgk belanjawan 2025? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
- Apa pula tugas kerani dalam aspek operasi?
- Sanggup kerja lebih masa?
- Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
- Awak sanggup ke kalau dihantar ke Sarawak?
- Bagaimana awak mengurus tekanan?
- Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
- Jelaskan peranan negara dalam APEC?
- Ada apa-apa soalan?
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Tadbir N19? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir N19).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Tadbir N19 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir N19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun pada masa ini. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula perpare utk sesi temuduga!
Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir N19. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Penutup
Jabatan Arkib Negara Malaysia dah mengiklankan kekosongan jawatan Pembantu Pemuliharaan S19 melalui SPA. Calon yg sesuai pun sudah ditapis dalam exam online PSEE S19 baru-baru ini. Dan kini untuk sesi panggilan temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Pemuliharaan S19 ni
Jabatan Imigresen sedang menantikan kehadiran para pegawai Imigresen KP19 yang bakal menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga. Sila baca contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ni.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia & Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi gred W19. Kepada pembaca yang dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Di samping itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli & juga Kementerian Pertahanan Malaysia masih menantikan kehadiran Pembantu Operasi baharu. SPA sudah mengeluarkan panggilan temuduga. Bagi calon yg layak, sila buat persiapan rapi. Dan jgn lupa baca soalan temuduga Pembantu Operasi N11 ini.
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Makmal, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘memeningkan’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga C19 lepas di soalan temuduga Pembantu Makmal C19 ni.
Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Arkib S19 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pembantu Arkib S19 ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Muzium S19 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga tau. Baca soalan temuduga Pembantu Muzium S19 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.
Kementerian Sumber Manusia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 (Kejuruteraan Mekanikal) dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29 (Kejuruteraan Mekanikal) ni.
SPP sudah mengeluarkan hebahan panggilan temuduga kepada calon PPP DG41 yg layak. Sesi temuduga ini agak rare kerana dijalankan secara rakaman video tanpa bersemuka. Dah bersedia? Baca sedikit info mengenai contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ni.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga!