Soalan Temuduga Latihan Industri

Bagi korang yang akan menjalani latihan industri di syarikat yang melakukan temuduga, korang bolehlah mengulangkaji atau membuat sedikit latihan tentang soalan-soalan yang kemungkinan akan ditanya semasa proses temuduga itu dilaksanakan. Justeru, bagi korang yang ingin mengetahui soalan-soalan yang kemungkinan bakal ditanya semasa proses temuduga tersebut, berikut merupakan soalan temuduga latihan industri yang perlu diketahui.

Soalan Temuduga Latihan Industri

Latihan industri atau dikenali juga sebagai latihan praktikal merupakan salah satu syarat yang diwajibkan kepada semua para pelajar universiti, kolej, politeknik dan seangkatan dengannya untuk lulus sebelum para pelajar di anugerahkan sijil diploma, degree, master dan Phd.

Oleh itu, kesemua pelajar yang terpilih haruslah lulus latihan industri ini sebelum diiktiraf layak untuk masuk ke semester berikutnya atau pun berjaya memperoleh sijil diploma, degree, master dan Phd.

Untuk pengetahuan semua, latihan industri ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan atau pengalaman tentang alam pekerjaan yang sebenar.

Hal ini demikian secara tidak langsung, dengan adanya latihan industri, para pelajar dapat merasai pengalaman dan memahami situasi sebenar alam pekerjaan. Justeru, apabila para pelajar sudah memasuki alam pekerjaan, mereka sudah boleh berhadapan dengan situasi pekerjaan sebenar.

Namun begitu, sesetengah pelajar berasa khuatir dek kerana terdapat sesetengah syarikat akan melakukan temuduga latihan industri sebelum pelajar tersebut dibenarkan atau diluluskan untuk menjalani latihan industri di syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat yang di senaraikan untuk menjalani latihan industri akan melalukan proses temuduga ini, namun bagi para pelajar yang harus memilih untuk menjalani latihan industri di syarikat yang melakukan temuduga, mereka perlulah sentiasa bersiap sedia dengan setiap jawapan bagi persoalan yang akan ditanyakan kelak.

Soalan: Terangkan tentang latar belakang anda?

Untuk pengetahuan anda, soalan mengenai latar belakang ini sering di tanya tidak kira di mana pun korang berada. Hal ini demikian kerana, jika korang ingin memasuki mana-mana universiti, politeknik, mahupun tempat kerja sekalipun, korang pasti akan mengalami situasi di mana penemuduga akan bertanyakan soalan tentang latar belakang diri korang. Jika soalan begini diajukan, pastikan korang memfokuskan point-point penting seperti pengalaman bekerja, belajar kos apa, belajar di mana, kelebihan dan sebagainya.

Hal ini demikian, sebagai salah satu cara bagaimana korang untuk menarik minat penemuduga untuk mendengar setiap latar belakang diri korang. Oleh itu, pastikan korang menjawap segala soalan tersebut tanpa sebarang kesilapan kerana soalan tersebut hanyalah berkaitan dengan diri korang sahaja. Justeru, ini merupakan salah satu soalan temuduga latihan industri yang kemungkinan bakal di tanya.

Soalan: Kenapa anda inginkan kerja ini?

Selain soalan mengenai latar belakang diri korang, penemuduga juga berkemungkinan akan bertanyakan kepada korang tentang mengapa korang memilih kerja sebegini sebagai tempat korang menjalani latihan industri. Oleh itu, jika soalan seperti ini ditanyakan, korang haruslah menjawap menggunakan logik akal dan yakin supaya penemuduga juga yakin dengan diri korang.

Sebagai contoh, korang memohon latihan industri di syarikat yang bersesuaian dengan kos korang, maka korang hanya perlu menjawap tentang tempat kerja ini bersesuaian dengan kos yang di ambil. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memberitahu penemuduga bahawa korang ingin memperkembangkan lagi pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang yang di pelajari di syarikat tersebut.

Soalan: Apa yang diketahui tentang organisasi yang anda pilih?

Soalan begini juga berkemungkinan bakal di tanya ketika korang menjalani temuduga latihan industri. Hal ini demikian kerana, penemuduga tersebut pasti ingin mengetahui sebab dan apa yang pelajar latihan industri tahu tentang organisasi yang mereka pilih sekaligus boleh melayakkan mereka untuk menjalani latihan industri di organisasi tersebut.

Oleh itu, jika soalan ini di tanya, maka korang perlu membuat carian terlebih dahulu tentang organisasi yang korang pilih supaya penemuduga tertarik untuk mengambil korang sebagai salah satu pelajar latihan industri di organisasi mereka.

Beberapa soalan lain yang biasa ditanya semasa temuduga latihan industri

Berikut adalah beberapa soalan yang biasa ditanyakan selama temuduga latihan industri dalam bahasa Malaysia:

  • Mengapakah anda ingin melakukan latihan industri dalam bidang ini?
  • Apakah yang anda harapkan daripada latihan industri ini?
  • Apakah pengalaman anda sebelum ini yang berkaitan dengan bidang ini?
  • Bagaimana anda mengatasi masalah dan bertindak balas terhadap situasi yang tidak dijangka?
  • Bagaimana anda menerangkan projek atau tugas yang anda selesaikan dengan berjaya?
  • Apa yang anda tahu tentang syarikat ini dan industri ini?
  • Bagaimana anda beradaptasi dengan situasi kerja yang berubah-ubah?
  • Bagaimana anda membina dan memelihara hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan atasan?
  • Apa yang membuatkan anda tertarik dengan kerjaya dalam bidang ini?
  • Apa yang anda bawa untuk syarikat ini selama latihan industri anda?

Catatan: Soalan-soalan ini mungkin berbeza bergantung pada bidang dan syarikat yang berkaitan.

Kesimpulannya, terdapat beberapa lagi soalan temuduga latihan industri yang perlu korang ketahui sebelum korang menjalani temuduga latihan industri. Namun begitu, soalan yang dinyatakan di atas beserta dengan tips yang diberikan ini sebenarnya sudah membantu korang semasa korang menjalani temuduga latihan industri.

Jika korang menjawap dengan yakin dan logik, tidak mustahil bagi sesebuah organisasi itu untuk mengambil korang sebagai pelajar latihan industri mereka.

Penutup

Ahli Muzik B29, B31 dan B41 adalah jawatan yg ‘agak rare’ dan jarang dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di Kementerian Komunikasi Dan Digital. Jadi, soalan yg diajukan mmg agak pelik dan payah ditebak. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Ahli Muzik B29, B31 dan B41 ini.

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga untuk ambilan sebagai Pustakawan S41, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘leceh’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di contoh soalan temuduga Pustakawan S41 ni.

Kekosongan jawatan Pegawai Tadbir N41 di SPA Kedah sudah diiklankan. Panggilan interview Pegawai Tadbir N41 sudah dikeluarkan kepada calon yang melepasi saringan kelayakan. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon baca info-info penting contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 ni.

Korang kena panggil ke interview? Berdebar tak tu? Ok.. jom kita tengok apakah soalan-soalan yang biasa ditanya ketika interview?

Jabatan Arkib Negara sedang menapis calon yang sesuai dilantik ke jawatan Pegawai Arkib S41. Jika korang dapat panggilan tu, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Pegawai Arkib S41.

Kekosongan jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 di Jabatan Alam Sekitar sudah diiklankan. Dan kini panggilan ke temuduga Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 ni.

Dah sedia untuk menjawab soalan temuduga Pegawai Belia Dan Sukan S41? Masa dah tak panjang. Baca sini untuk persediaan akhir sebelum iv korang sampai..

Tengah fikir apa soalan temuduga akan ditanya nanti? Relaks, kali ni kita akan borak mengenai topik soalan temuduga dan cara menjawab yang betul..

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga latihan industri itu nanti dengan baik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!