Soalan Temuduga Dan Cara Menjawab

Korang rasa berdebar sebab kena hadir ke temuduga lagi beberapa hari? Tengah pening fikir apa soalan yang bakal ditanya dan apa pula cara menjawab yang betul? Relaks, kali ni kita akan borak mengenai topik soalan temuduga dan cara menjawab yang betul.

Soalan Temuduga Dan Cara Menjawab

Gagal temuduga pastinya ‘memunahkan’ harapan korang untuk menjadi anak yg menjadi permata keluarga dan anak yang banyak berbakti kelak. Dan gagal temuduga juga sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama yg menjadi ‘sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan makcik pakcik korang.

Dengan itu di dalam minda korang, maka jom kita mulakan.

Soalan Temuduga Dan Cara Menjawab

Antara soalan yang sering disoal dalam temuduga, merangkumi bidang-bidang berikut;

  • Pengenalan diri
  • Kelayakan dan pengalaman
  • Info jawatan
  • Temuduga dalam Bahasa Inggeris
  • Penyelesaian masalah
  • Kenegaraan
  • Isu Semasa

Kita akan lihat satu persatu..

Soalan Temuduga Mengenai Pengenalan diri

Ini ialah soalan temuduga dan cara menjawab yang pertama. Soalan temuduga berkenaan pengenalan diri berfungsi mengesan kelemahan dalam diri korang. Di samping, melihat sejauh mana kesediaan korang dalam aspek peribadi.

Cara menjawab soalan temuduga ini boleh menggunakan kaedah :

  • kronologi
  • kreatif
  • retorik

Perhatikan soalan temuduga di bawah :

Sila terangkan mengenai diri kamu.

Cara menjawab soalan temuduga jenis ini:

” Nama saya Mohd. Azri bin Mohd. Bakir. No kad pengenalan, 808080-80-8080. Sejak dari sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi Penolong Pegawai Perubatan yang akan berkhidmat kepada negara. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengambil pengajian dalam bidang diploma kesihatan awam. InsyaAllah selepas ini, jika berpeluang saya, akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kesihatan awam di UMS.

Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan terbaik dalam bidang pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bidang kesihatan awam di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek berkaitan kesihatan awam. Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya mampu memikul tanggungjawab yang akan dipikul. “

Soalan Temuduga Mengenai Bidang Kelayakan dan pengalaman

Seterusnya, soalan temuduga dan cara menjawab yang kedua. Soalan temuduga berkenaan kelayakan dan pengalaman adalah berperanan melihat sejauh mana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha korang.

Korang akan diteliti dari segi kesesuaian dengan jawatan dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu korang menjalankan tugasan kelak.

Lihat soalan temuduga di bawah :

Nampaknya awak baru habis belajar, awak ada pengalaman kerja?

Cara menjawab soalan temuduga jenis ini:

” Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk diam tanpa berusaha. Buat masa ini, saya menghabiskan masa membantu keluarga di warung keluarga. Selain dapat mencari wang tambahan, saya boleh membantu keluarga menguruskan warung kami.

Semasa bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga menimba ilmu bagaimana berhubung dengan pelanggan agar mereka lebih kerap datang dan akan melipatgandakan keuntungan warung kami. “

Soalan Temuduga dalam Bahasa Inggeris

Soalan temuduga dan cara menjawab dalam bahasa Inggeris juga korang kena bersedia. Sekiranya pegawai temuduga bertanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu yang amat bagus.

Sebaliknya, jika pegawai temuduga menyoal dalam bahasa Inggeris, jangan ternganga. Jawab dengan bahasa Inggeris yang amat baik. Ingat tu!

Teliti pula soalan temuduga berikut :

What do you learn from your practical training?

Contoh Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan:

” I gained a lot of new knowledge anda also practice the knowledge that I have dduring my study before this. I feel very happy because i can observe how the system and also the work are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply. “

Soalan Temuduga Mengenai Penyelesaian masalah

Apakah pula contoh soalan temuduga dan cara menjawab yang betul untuk sebarang bentuk masalah yang ditanya?

Soalan temuduga berkaitan masalah dan penyelesaiannya juga sering diajukan dalam sesi. Kalau korang ‘terkena’ soalan jenis ini. Korang boleh ambil tips berikut..

Analisa soalan temuduga ini:

Apakah yang awak boleh sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam institusi ini sekiranya awak diterima?

Contoh Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan:

” Bagi mewujudkan situasi bekerja dengan gembira dalam sesebuah institusi, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja seimbang. Ini akan mewujudkan rasa keadilan di samping rasa diri masing-masing adalah penting kepada institusi.

Oleh itu, pada pendapat saya, pembahagian tugas yg adil kepada semua anggota adalah memainkan peranan penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota. Hal ini dapat memberikan out put produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya. “

Soalan Temuduga Mengenai Pengetahuan Am

Bagaimana pula dengan bentuk soalan temuduga dan cara menjawab yang sesuai untuk topik pengetahuan am?

Soalan temuduga berkaitan pengetahuan am ini memang ‘azab’ sikit. Lebih-lebih lagi, bagi korang yang kurang memberi perhatian kepada soal-soal nasional dan isu-isu semasa.

Cuba ambil tahu apa kempen kerajaan, dasar-dasar atau isu-isu yang sedang hangat dibincangkan sekiranya korang dipanggil ke temuduga.

Lihat soalan temuduga ini :

Boleh terangkan secara ringkas, apa itu Malaysia MADANI?

Contoh Jawapan Temuduga Kerja:

” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama. Enam tonggak dasar itu ialah KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan dan Ihsan.

Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara. Madani menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan yakni Ekonomi, Kewangan, Perundangan, Pendidikan, Kemasyarakatan, Budaya, Bandar dan Luar Bandar. “

Soalan Temuduga Mengenai Isu Semasa

Ini pula contoh soalan temuduga dan cara menjawab yang sesuai untuk topik isu semasa. Soalan temuduga jenis ini memang selalu ditanya.

Pasti korang dah biasa dengar cadangan supaya membaca akhbar. Tak kisah la bercetak atau online.

Soalannya boleh jadi apa saja yang sedang menjadi trending semasa di dalam dan luar negara. Siap siagakan diri. Di bawah contoh soalan jenis isu semasa.

Perhatikan contoh soalan temuduga berikut :

Apa pendapat awak mengenai kenaikan harga barang keperluan?

Contoh Jawapan Temuduga Kerja:

” Menurut saya, sekiranya kenaikan harga barang keperluan adalah disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan terpaksa menerimanya.

Tapi jika kenaikan harga barang keperluan adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang memonopoli pasaran seperti yang kerap terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji. Maka, hal ini adalah suatu yang tidak harus berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang keperluan yang tidak sepatutnya berlaku ini. “

Kesimpulan

Jadi itulah dia beberapa contoh soalan temuduga dan cara menjawab yang boleh kami cadangkan kepada korang.

Soalan temuduga ini boleh jadi pelbagai sudut dan variasi. Ikut pegawai temuduga yang bertugas. Tapi pada kebiasaannya, skop dan bidang soalan temuduga itu tidak lari jauh daripada apa yang kita dah bincangkan di atas.

Peringatan: Contoh soalan temuduga dan cara menjawab yang kami beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.

Tapi apa yang sebenarnya korang perlukan ialah..

Rujukan Soalan Temuduga Dan Cara Menjawab

Dah bersedia untuk ke temuduga? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga dan cara menjawab

Rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga yang nak tahu apakah soalan temuduga dan cara menjawab yg betul).

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada enam sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 2 tu paling penting!

1) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga dan cara menjawab ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Korang rasa?

2) Lebih masa main PUBG, FF dan game lain

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga dan cara menjawab ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

4) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..

5) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan soalan temuduga dan cara menjawab ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sgt pun pada masa ini. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

6) Lagi Hawau..

Dan disebabkan betapa murahnya rujukan soalan temuduga dan cara menjawab ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Rujukan soalan temuduga dan cara menjawab ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam sahaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau J&T datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare utk temuduga!

Korang patut dapatkan segera rujukan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.

Penutup

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga untuk ambilan sebagai personel MySTEP, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘leceh’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di contoh soalan temuduga MySTEP ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga kemasukan universiti dah dimaklumkan masa dan tempat temuduga. Utk masa depan yang lebih cerah, sila buat persediaan yang lebih mapan lagi, baca sekarang soalan temuduga Kemasukan Universiti ini.

Panggilan temuduga utk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan KP29 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni. Baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Keselamatan KP29 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Korang dapat panggilan ke temuduga kemasukan ke kolej vokasional? Rasa berdebar dan risau gagal diterima masuk? Jangan begitu. Jika korang dapat panggilan tu, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Kemasukan Ke Kolej Vokasional.

Kekosongan jawatan Bentara Parlimen N11 di Parlimen sudah diiklankan. Dan kini panggilan ke temuduga Bentara Parlimen N11 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Bentara Parlimen N11 ni.

Dah sedia untuk menjawab soalan temuduga Sarjan Polis? Masa dah tak panjang. Baca sini untuk persediaan akhir sebelum iv..

Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang berjaya dipanggil ke stage temuduga ini, buat bebaik. Sementara itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29 ni sebagai persiapan awal.

Penolong Pegawai Penerangan S29 adalah jawatan yg ‘agak rare’ dan jarang dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di Jabatan Penerangan. Jadi, soalan yg diajukan mmg agak pelik dan payah ditebak. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.

Jabatan Pendaftaran Negara sedang dalam rangka memperkasakan perkhidmatan mereka. Jadi dalam usaha itu, termasuklah mengambil calon-calon Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 yang baru. Bagi korang yang bertuah dipanggil ke sesi temuduga ini, sila baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ini.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga!

Leave a Comment

error: Content is protected !!