Soalan Temuduga Kemasukan Universiti

Bagi pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke universiti yang memiliki temuduga pasti berasa risau dan berdebar untuk menghadapi temuduga tersebut. Apa yang paling membimbangkan adalah soalan-soalan temuduga yang akan ditanya untuk kemasukan universiti. Oleh itu, bagi para pelajar yang mendapat tawaran universiti, korang tidak perlu risau dan khawatir kerana di bawah ini akan dikongsikan beberapa soalan temuduga kemasukan universiti yang perlu korang tahu. Lepas ni, korang dah boleh bersedia dengan jawapan yang baik!

Soalan Temuduga Kemasukan Universiti

Memasuki universiti merupakan impian semua remaja di luar sana tidak kira bangsa sama ada melayu, cina, india dan lain-lain bangsa. Hal ini demikian kerana, universiti merupakan tempat bagi remaja terutama pelajar-pelajar lepasan SPM menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan selain menjadi tempat untuk mereka memulakan kerjaya dan menggapai cita-cita mereka.

Namun begitu, untuk memasuki universiti bukanlah semudah A, B, C kerana korang perlu mencapai tahap atau syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan jika ingin memasuki universiti.

Selain itu, umum mengetahui bahawa tidak semua universiti terutama sekali universiti awam yang kemasukkannya tanpa ada temuduga. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa universiti yang akan diadakan temuduga kemasukan universiti.

Berikut merupakan soalan temuduga kemasukan universiti:

  • Apa yang membawa anda ke universiti ini?
  • Mengapa anda memilih program ijazah yang anda pohon dan apa yang seronok mengenainya?
  • Mengapa anda memohon ke universiti ini?
  • Kenapa anda mahu mengambil kursus ini di universiti?Apa yang anda fikir universiti boleh tawarkan anda?
  • Apa kemahiran yang telah anda perolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?
  • Bagaimana anda akan menentukan bidang yang anda pilih?
  • Apakah kursus-kursus yang anda telah hadiri sama ada di sekolah atau di luar dan apa yang anda dapat daripadanya?
  • Mengapa bidang anda penting?
  • Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikut kerjaya pilihan anda?
  • Apakah rancangan kerjaya anda, jika ada?
  • Boleh beritahu isu semasa penting yan ada kena mengena dengan program yang anda pilih ini?
  • Boleh anda senarai ciri-ciri dan kelebihan yang anda miliki yang anda rasakan anda patut di pilih untuk mengikuti kursus dan jurusan ini?
  • Kenapa anda patut di pilih?

Senarai yang dinyatakan di atas ini merupakan antara soalan temuduga kemasukan universiti yang paling popular dan juga yang diajukan. Justeru, jika soalan-soalan yang dinyatakan di atas ditanyakan kepada korang, maka korang perlu bersiap sedia dengan jawapan-jawapan yang boleh meyakinkan pihak universiti.

Soalan temuduga kemasukan universiti (soalan lain)

Namun begitu, selain soalan popular yang dikemukakan di atas ini, terdapat juga beberapa soalan lain yang juga mungkin ditanya kepada korang sewaktu temuduga kemasukan ke universiti.

Berikut merupakan soalan lain yang mungkin boleh di tanya semasa temuduga kemasukan universiti:

  • Ceritakan mengenai diri anda atau bagaimana anda menggambarkan diri anda?
  • Apakah kepentingan utama anda?
  • Apakah pandangan anda tentang pembiayaan universiti?
  • Beritahu satu pencapaian yang anda banggakan?
  • Apakah peluang yang anda ada untuk menjalankan tugas-tugas kepimpinan?
  • Apakah kekuatan anda?
  • Apakah kelemahan anda?
  • Sila gambarkan jika anda berada di situasi anda berada di bawah tekanan, apa yang anda akan lakukan?

Ini adalah soalan lain yang berkemungkinan boleh ditanya semasa korang datang temuduga kemasukan universiti. Namun begitu, soalan-soalan ini, kalau dilihat lebih ke arah latar belakang diri dan juga kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

Justeru, korang perlu mengetahui apa kelebihan dan kelemahan korang supaya, jika ditanya, korang menjadi lebih yakin untuk menjawabnya.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi soalan-soalan yang boleh dikemukakan oleh pihak universiti sewaktu temuduga dilaksanakan. Namun begitu, di atas ini merupakan antara sebahagian soalan temuduga kemasukan universiti yang sering ditanya semasa temuduga.

Walau bagaimanapun, apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh pihak universiti, korang perlulah sentiasa bersedia dan yakin untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Justeru, diharapkan impian dan cita-cita korang untuk menyambung pengajian di peringkat universiti akan menjadi kenyataan.

Penutup

Panggilan temuduga utk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan KP29 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni. Baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Keselamatan KP29 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Korang dapat panggilan ke temuduga kemasukan ke kolej vokasional? Rasa berdebar dan risau gagal diterima masuk? Jangan begitu. Jika korang dapat panggilan tu, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Kemasukan Ke Kolej Vokasional.

Kekosongan jawatan Bentara Parlimen N11 di Parlimen sudah diiklankan. Dan kini panggilan ke temuduga Bentara Parlimen N11 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Bentara Parlimen N11 ni.

Dah sedia untuk menjawab soalan temuduga Sarjan Polis? Masa dah tak panjang. Baca sini untuk persediaan akhir sebelum iv..

Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang berjaya dipanggil ke stage temuduga ini, buat bebaik. Sementara itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29 ni sebagai persiapan awal.

Penolong Pegawai Penerangan S29 adalah jawatan yg ‘agak rare’ dan jarang dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di Jabatan Penerangan. Jadi, soalan yg diajukan mmg agak pelik dan payah ditebak. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Syariah LS19, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘leceh’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di soalan temuduga Pembantu Syariah LS19 ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Juru X-Ray (Diagnostik) U29 dah diemelkan jadual dan masa temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Juru X-Ray (Diagnostik) U29 ini.

Panggilan untuk temuduga bagi jawatan Pegawai Keselamatan KP41 bagi penempatan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia sudah dikeluarkan. Bagi yang terlibat, sila perkemaskan lagi persiapan korang dengan membaca contoh soalan temuduga Pegawai Keselamatan KP41.

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menapis calon yang sesuai untuk diserap ke dalam jawatan Penolong Pegawai Perangkaan E29. Jika korang dapat panggilan sesi temuduga utk jawatan ni, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perangkaan E29.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga kemasukan universiti itu nanti dengan baik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!