Korang kena panggil ke interview? Berdebar tak tu? Lagi berapa hari tu kena pegi? Ok jom kita tengok apakah soalan-soalan yang biasa ditanya ketika interview?
Isi Kandungan
Bagi para pelajar yang baru habis belajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tamat pengajian di universiti pasti sedang memikirkan hala tuju yang berikutnya dalam mengejar cita-cita dan impian kerjaya mereka. Pasti ada di antara korang yang sedang memikirkan apakah kerja yang nak dipohon dan cara bagaimana untuk mendapatkan kerja tersebut?
Namun begitu, untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan atau apa-apa sahaja kerja yang boleh dilakukan bukan sesuatu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, kadar pengangguran di negara Malaysia semakin hari semakin meningkat dan oleh kerana itu ramai rakyat Malaysia sama ada golongan pelajar, dewasa mahupun tua berpusu-pusu mencari kerja untuk menampung kos sara hidup mereka.
Selain itu, setiap kerja yang dimohon pasti akan melalui fasa temuduga. Justeru itu, fasa temuduga ini sering menjadi salah satu perkara yang mendebarkan atau menakutkan bagi mereka yang memohon pekerjaan kerana setiap tingkah laku dan jawapan yang diberikan semasa ditemuduga adalah penentu kepada kejayaan korang sama ada diterima bekerja atau pun tidak.
Oleh itu, pasti ada di antara korang yang sedang memohon pekerjaan dan menerima tawaran temuduga kerja pasti akan tertanya-tanya, soalan bagaimanakah yang bakal di tanya semasa temuduga nanti.
Oleh itu, disini akan disenaraikan tentang soalan yang biasa ditanya ketika interview ketika korang hadir ke temuduga kerja.
Sila ceritakan serba sedikit latar belakang diri anda?
Bagi soalan sebegini, ianya adalah antara soalan yang mudah untuk dijawap dek kerana ianya soalan yang hanya menceritakan tentang latar belakang diri korang.
Namun begitu, perlu diingatkan walaupun ianya tentang diri korang, pastikan korang memberitahu perkara-perkara yang penting tentang diri korang dan kelebihan yang ada pada diri korang sahaja.
Bukan itu sahaja, majikan yang akan menemuduga diri korang akan mempertimbangkan beberapa perkara seperti kemahiran korang dalam meringkaskan pengalaman hidup dan kerja yang pernah dimohon sebelum ini serta gaya perbualan dan tahap keyakinan diri korang semasa memberikan jawapan atau maklumat diri.
Oleh itu, ini merupakan salah satu soalan yang biasa ditanya ketika interview. Soalan ini memang gerenti akan diajukan.
Kenapa ingin bekerja di syarikat ini?
Ini salah satu contoh soalan temuduga kerja swasta. Jika korang menerima soalan sebegini daripada majikan di syarikat yang korang pilih, pastikan setiap butiran jawapan yang diberikan haruslah jujur dan yakin.
Korang sangat digalakkan untuk membuat sedikit rujukan tentang syarikat yang korang pilih supaya apabila soalan begitu ditanya, korang dapat menjawapnya dengan betul dan yakin.
Apabila korang menjawap soalan tersebut berdasarkan fahaman korang tentang syarikat tersebut, berkemungkinan majikan akan berasa yakin bahawa korang sememangnya berminat untuk bekerja disitu.
Bukan itu sahaja, korang juga harus memastikan bahawa korang boleh menunjukkan cara bagaimana untuk korang membantu syarikat mencapai matlamat yang dikehendaki berdasarkan kemahiran yang korang miliki.
Apakah kekuatan dan kelemahan diri anda?
Soalan begini sememangnya sangat sukar untuk dijawap ketika sesi temuduga kerja dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, sesetengah orang masih sukar untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan diri masing-masing. Lebih daripada itu, kita sukar untuk mengaku kesalahan atau kekurangan diri.
Bagi mereka yang tidak sepenuhnya mengetahui kelebihan dan kekurangan diri masing-masing, maka apa yang korang perlu lakukan adalah korang perlu nyatakan apa sahaja yang korang mampu lakukan dan apa yang kurang mampu untuk di lakukan.
Namun pastikan setiap jawapan yang diberi mestilah dalam keadaan yakin. Sebaliknya bagi mereka yang mengetahui tentang kelebihan dan kelemahan diri mereka, pastikan korang menjawapnya dengan jujur supaya majikan dapat mengetahui kelebihan korang yang sebenar.
Lagi 10 soalan yang biasa ditanya ketika interview
- Mengapakah anda tertarik dengan jawatan ini?
- Apakah pengalaman anda yang relevan dengan jawatan ini?
- Bagaimana anda menerangkan kelebihan dan kekurangan anda?
- Bagaimana anda mengatasi masalah dan membuat keputusan?
- Apakah anda mempunyai pengalaman bekerja dalam pasukan dan bagaimana anda bekerjasama dengan rakan sekerja?
- Bagaimana anda mengatasi tekanan dan deadline yang ketat?
- Bagaimana anda mengikuti perkembangan dan pengembangan dalam industri anda?
- Bagaimana anda memotivasi diri anda dan mencapai matlamat anda?
- Apakah anda mempunyai pengalaman bekerja dengan bajet dan bagaimana anda mengawalnya?
- Apakah anda mempunyai soalan untuk kami dan bagaimana anda memahami visi dan misi syarikat kami?
Catatan: Soalan-soalan ini mungkin berbeza bergantung pada jawatan dan syarikat yang berkaitan.
Kesimpulannya, bagi mereka yang bakal menghadiri temuduga kerja dalam masa terdekat ini dan ingin mengetahui tentang soalan-soalan yang bakal ditanya semasa di temuduga, maka korang boleh melihat soalan-soalan yang dinyatakan di atas tersebut. Inilah soalan yang biasa ditanya ketika interview.
Mudah-mudahan soalan yang biasa ditanya ketika interview yang dikongsikan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat persediaan.
Penutup
Jabatan Arkib Negara sedang menapis calon yang sesuai dilantik ke jawatan Pegawai Arkib S41. Jika korang dapat panggilan tu, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Pegawai Arkib S41.
Kekosongan jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 di Jabatan Alam Sekitar sudah diiklankan. Dan kini panggilan ke temuduga Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 ni.
Dah sedia untuk menjawab soalan temuduga Pegawai Belia Dan Sukan S41? Masa dah tak panjang. Baca sini untuk persediaan akhir sebelum iv korang sampai..
Tengah fikir apa soalan temuduga akan ditanya nanti? Relaks, kali ni kita akan borak mengenai topik soalan temuduga dan cara menjawab yang betul..
Penolong Pegawai Penerangan S29 adalah jawatan yg ‘agak rare’ dan jarang dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di Jabatan Penerangan. Jadi, soalan yg diajukan mmg agak pelik dan payah ditebak. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga untuk ambilan sebagai personel MySTEP, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘leceh’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di contoh soalan temuduga MySTEP ni.
Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga kemasukan universiti dah dimaklumkan masa dan tempat temuduga. Utk masa depan yang lebih cerah, sila buat persediaan yang lebih mapan lagi, baca sekarang soalan temuduga Kemasukan Universiti ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan KP29 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni. Baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Keselamatan KP29 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.