Adakah korang dipanggil ke sesi temuduga MySTEP untuk ambilan di Sektor Awam atau GLC / GLIC atau Rakan Strategik dalam masa terdekat ini? Syabas diucapkan. Masalahnya kini ialah – sampai sekarang masih tak pasti apa nak sedia? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga MySTEP yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga MySTEP akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan kontrak. Gagal temuduga MySTEP ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Personel MySTEP’ yg hensem gila atau ‘Akak Personel MySTEP’ yg manis menawan.
Permohonan jawatan kosong MySTEP
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan MySTEP di Sektor Awam atau GLC / GLIC atau Rakan Strategik, permohonan boleh dilakukan secara online. Untuk maklumat lanjut dan cara yang memohon yang betul, sila baca cara memohon kerja MySTEP ini.
Persaingan jawatan Kosong MySTEP
Panggilan ke temuduga jawatan personel MySTEP ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga MySTEP lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga MySTEP yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal temuduga MySTEP padahal peluang sudah ada.
Sebelum ke contoh soalan temuduga MySTEP, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji MySTEP
Berikut kadar gaji yang telah ditetapkan untuk personel MySTEP:
Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) | GLC, GLIC dan Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM) |
---|---|---|
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas | 2,100 | 2,100 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 | 1,500 |
Nota: Kadar yang disarankan ini bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC/GLIC dan Rakan Strategik
Skop Kerja MySTEP
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang personel MySTEP. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja.
Apakah skop kerja / deskripsi tugas Personel MySTEP?
Ingat skop kerja Personel MySTEP ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti.
Seorang Personel MySTEP adalah bertanggungjawab:
Bagi sektor awam – skop kerja Personel MySTEP ialah untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan / Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2023.
Bagi GLC / GLIC / Rakan Strategik – skop tugas Personel MySTEP adalah tertakluk kepada keperluan dan skop tugas yang ditetapkan setiap program penempatan masing-masing.
Contoh Soalan Temuduga MySTEP (berkaitan jabatan / kementerian)
Soalannya bergantung kepada kementerian atau GLC / GLIC / Rakan Strategik yang memanggil korang temuduga.
Misalnya, untuk temuduga kali ini, katakan personel MySTEP akan ditempatkan di :
- Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadi korang kena study jabatan dan kementerian yg terlibat betui2.
Soalan mengenai jabatan/kementerian ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – Siapa Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan?
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga MySTEP
- Kenapa awak mohon jawatan MySTEP ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang personel MySTEP yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga MySTEP (soalan Lazim Temuduga)
- Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahupun Temuduga Secara Bersemuka (TSB) untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan MySTEP. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai.
Lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai personel MySTEP di kementerian ini?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan MySTEP berkenaan.
Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan MySTEP ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan.
Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan MySTEP.
Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga MySTEP (soalan popular)
Nota: Contoh soalan temuduga MySTEP yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Boleh perkenalkan diri awak.
- Awak kerja mana sebelum ni?
- Gaji bagus tu. Kenapa awak tak teruskan?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan MySTEP ni?
- Apa tugas utama personel MySTEP di sini?
- Hmm.. Awak graduan Universiti X. Apa yang awak belajar di sana dan kaitannya dgn tugas sebagai personel MySTEP di sini?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Ingat tak?
- Ingat kan Rukun negara? Boleh sebutkan rukun negara kelima?
- Apa beza Raja dengan Agong?
- Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
- Awak sanggup ke dihantar ke pedalaman Sabah Sarawak?
- Awak boleh kerja berpasukan?
- Biasa kerja ni lebih masa. Sanggup ke? Tapi kerja ni takda OT.
- Jelaskan peranan negara dalam NAM?
- Ada apa-apa soalan?
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga MySTEP di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan MySTEP? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan walaupun hanya secara kontrak. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga MySTEP).
Atau pun,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Atau pun,
Korang juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga MySTEP ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga MySTEP) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
7) Murah gila gais!
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler gais. Cuma RM30 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi, kita masih berada dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare utk temuduga!
Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga kerja ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga MySTEP. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Penutup
Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga kemasukan universiti dah dimaklumkan masa dan tempat temuduga. Utk masa depan yang lebih cerah, sila buat persediaan yang lebih mapan lagi, baca sekarang soalan temuduga Kemasukan Universiti ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Penolong Pegawai Keselamatan KP29 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni. Baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Keselamatan KP29 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.
Korang dapat panggilan ke temuduga kemasukan ke kolej vokasional? Rasa berdebar dan risau gagal diterima masuk? Jangan begitu. Jika korang dapat panggilan tu, relaks dan baca info penting di contoh soalan temuduga Kemasukan Ke Kolej Vokasional.
Kekosongan jawatan Bentara Parlimen N11 di Parlimen sudah diiklankan. Dan kini panggilan ke temuduga Bentara Parlimen N11 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Bentara Parlimen N11 ni.
Dah sedia untuk menjawab soalan temuduga Sarjan Polis? Masa dah tak panjang. Baca sini untuk persediaan akhir sebelum iv..
Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang berjaya dipanggil ke stage temuduga ini, buat bebaik. Sementara itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C29 ni sebagai persiapan awal.
Penolong Pegawai Penerangan S29 adalah jawatan yg ‘agak rare’ dan jarang dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di Jabatan Penerangan. Jadi, soalan yg diajukan mmg agak pelik dan payah ditebak. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Syariah LS19, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘leceh’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di soalan temuduga Pembantu Syariah LS19 ni.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga MySTEP itu nanti dengan baik!