Soalan Temuduga Konstabel Polis

Adakah korang dipanggil ke sesi temuduga Konstabel Polis ambilan Polis Diraja Malaysia pada bulan ini? Tahniah2! Masalahnya kini ialah : sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Konstabel Polis yg bagus?

Soalan Temuduga Konstabel Polis

Gagal dalam temuduga Konstabel Polis akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Konstabel Polis ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Konstabel’ yg hensem gila atau ‘Akak Konstabel’ yg manis menawan.

Kepada korang yg dapat panggilan ujian SPiER Konstabel Polis. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian SPiER ni boleh diperolehi di contoh soalan SPiER PDRM.

Permohonan jawatan kosong Konstabel Polis

Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Konstabel Polis secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi permohonan secara online di Portal e-PENGAMBILAN PDRM. Permohonan jawatan kosong Konstabel Polis adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonanan

Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Konstabel Polis ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan e-PENGAMBILAN apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.

Semakan penjadualan temuduga

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

KONSTABEL POLIS GRED YT1 / YA1 DI JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BERDASARKAN JADUAL YG CALON TERIMA

Portal SPA :

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Persaingan jawatan Konstabel Polis

Panggilan ke temuduga jawatan Konstabel Polis ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Konstabel Polis lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!

Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,

Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Konstabel Polis yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com

Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.

Sebelum ke contoh soalan temuduga Konstabel Polis, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.

Gaji Konstabel Polis

Perjawatan Konstabel Polis adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan Sokongan dan Pelaksana.

Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di PDRM.

Berikut adalah jadual gaji Konstabel Polis:

Gaji minimum RM1,220.00
Gaji maksimum RM2,748.00
Kenaikan Gaji TahunanRM85.00
Jadual Gaji Konstabel Polis

Gaji permulaan Konstabel Polis ialah RM1,220.00 (minimum).

Kadar gaji maksimum adalah RM2,748.00.

Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM85.00.

Skop Kerja Konstabel Polis

Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Konstabel Polis. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.

Apakah skop kerja / deskripsi tugas Konstabel Polis?

Ingat skop kerja Konstabel Polis ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Contoh Soalan Temuduga Konstabel Polis (berkaitan jabatan / kementerian)

Seperti biasa, temuduga kali ini, Konstabel Polis akan ditempatkan di :

  • PDRM

Jadi korang kena study jabatan dan kementerian yg terlibat betui2.

Soalan mengenai jabatan ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – PDRM di bawah kementerian apa?

Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.

Contoh Soalan Bonus Temuduga Konstabel Polis

  • Kenapa awak mohon jawatan Konstabel Polis ni?

Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.

Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.

Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Konstabel Polis yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com

Contoh Soalan Temuduga Konstabel Polis (soalan Lazim Temuduga)

  • Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.

Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahupun Temuduga Secara Bersemuka (TSB) untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.

Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com

Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Konstabel Polis. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.

  • Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Konstabel Polis?

Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Konstabel Polis ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.

  • Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Konstabel Polis ini?

Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Konstabel Polis.

Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.

Contoh Soalan Temuduga Konstabel Polis (soalan popular)

Nota: Contoh soalan temuduga Konstabel Polis yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.

  • Boleh perkenalkan diri awak.
  • Awak kerja mana sebelum ni?
  • Gaji bagus tu. Kenapa awak tak teruskan?
  • Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Konstabel Polis ni?
  • Apa tugas utama seorang Konstabel Polis?
  • Hmm.. Awak graduan Universiti X. Apa yang awak belajar di sana dan kaitannya dgn tugas sebagai Konstabel Polis?
  • Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Ingat tak?
  • Ingat kan Rukun negara? Boleh sebutkan rukun negara kedua?
  • Apa beza Sultan dengan Agong?
  • Secara ringkas, apakah beza jenayah komersil dan jenayah narkotik?
  • Bagaimana penguatkuasaan trafik dijalankan?
  • Pernah dengar cawangan khas? Apa tugas mereka?
  • Katakan kami tempatkan awak di Jabatan Logistik dan Teknologi. Apakah kemahiran awak yg boleh digunakan di sana?
  • Aktiviti pencegahan jenayah yg lazim dilakukan. Sila terangkan.
  • Dalam Belanjawan 2022, pada pendapat awak apakah rangsangan yang paling menarik? Kenapa?
  • Kaedah mengumpul risikan yg kamu tahu. Ada kaedah lain yg kamu boleh cadangkan?
  • Apakah kepentingan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat? Beri tiga.
  • Awak rasa ASEAN masih releven?
  • Awak sanggup ke kalau dihantar ke kawasan Sarawak?
  • Sanggup kerja lebih masa?
  • Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
  • Ada apa-apa soalan?

Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Konstabel Polis di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..

Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.

Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Konstabel Polis? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga Konstabel Polis

Rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Konstabel Polis).

Atau pun,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Atau pun,

Korang juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Konstabel Polis ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Korang rasa?

4) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Konstabel Polis) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..

7) Murah gila gais!

Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler gais. Cuma RM30 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi kita masih dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare utk temuduga!

Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Konstabel Polis. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.

Penutup

Kekosongan jawatan Pegawai Syariah LS41 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sudah diiklankan. Dan kini panggilan temuduga Pegawai Syariah LS41 sudah dikeluarkan kepada calon yang berjaya. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Pegawai Syariah LS41 ni.

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia sedang menantikan kehadiran calon-calon Pegawai Geosains C41 (Kimia) yang akan menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga yg digeruni ramai calon. Sila baca contoh soalan temuduga Pegawai Geosains C41 (Kimia) ni utk persediaan awal.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Pegawai Perubatan UD43. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang berjaya dipanggil ke stage temuduga ini, buat bebaik. Sementara itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Pegawai Perubatan UD43 ni sebagai persiapan awal.

Pegawai Pergigian UG41 adalah jawatan yg ‘agak popular’ dan sering dibuat pengambilan oleh SPA untuk penempatan di KKM. Jadi, calon yg dipanggil mmg agak ramai juga. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Pegawai Pergigian UG41 ini.

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pegawai Farmasi UF41, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘rumit’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di soalan temuduga Pegawai Farmasi UF41 ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Veterinar G19 dah diemelkan jadual dan masa temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pembantu Veterinar G19 ini.

Panggilan temuduga utk jawatan Pegawai Siasatan P41 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni. Baca contoh soalan temuduga Pegawai Siasatan P41 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Jabatan Penerangan Malaysia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Juruaudio Visual N19 dalam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada calon yang berjaya telah mulai dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan ni, baca info penting contoh soalan temuduga Juruaudio Visual N19.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Konstabel Polis itu nanti dengan baik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!