Korang dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Farmasi utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini? Syabas dan tahniah! Masalahnya kini – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih tercari-cari contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga Penolong Pegawai Farmasi ini akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Penolong Pegawai Farmasi ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Penolong Pegawai Farmasi’ yg hensem gila atau ‘Akak Penolong Pegawai Farmasi’ yg manis menawan.
Nota Penting: Sebelum itu, kepada korang yg dapat panggilan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) (termasuklah jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini) untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 8 Oktober 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Material ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma).
Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Farmasi secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan Penolong Pegawai Farmasi
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SABAH)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 28 Nov – 6 Dis 2024]
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SABAH)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 25 Nov – 6 Dis 2024]
3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SEMENANJUNG)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 1 – 5 Dis 2024]
4) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SEMENANJUNG)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 17 – 29 Nov 2024]
5) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 18 – 29 Nov 2024]
6) LATIHAN SEPARA PERUBATAN GABUNGAN 8 SKIM DIPLOMA (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 18 – 26 Nov 2024]
Portal SPA :
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Persaingan jawatan Penolong Pegawai Farmasi
Panggilan ke temuduga jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga Penolong Pegawai Farmasi lah yang akan menjadi medan pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Penolong Pegawai Farmasi
Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan perkhidmatan – Pelaksana. Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setelah menamatkan latihan Penolong Pegawai Farmasi selama 3 tahun di ILKKM di bawah:
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
Korang akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U5 dan berikut adalah gaji yang korang akan terima..
Gaji minimum | RM 1,974.00 |
Gaji maksimum | RM 6,620.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 145.00 |
Gaji permulaan Penolong Pegawai Farmasi U5 ialah RM1,974.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM6,620.00 (maksimum).
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM145.00.
Deskripsi tugas Penolong Pegawai Farmasi
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.
Apa deskripsi tugas Penolong Pegawai Farmasi?
Ingat deskripsi tugas Penolong Pegawai Farmasi ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Penolong Pegawai Farmasi akan ditempatkan di hospital dan di klinik kesihatan kerajaan. Seorang Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih akan menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
1) Menginden, menerima, menyimpan dan mendispen ubat-ubatan di perkhidmatan kaunter farmasi.
2) Menyediakan / membancuh persediaan ubat-ubatan perubatan.
3) Menyedia dan membekal persediaan farmaseutikal ke wad dalam perkhidmatan wad farmasi / satelit farmasi.
Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi (berkaitan jabatan / kementerian)
Seperti biasalah, Penolong Pegawai Farmasi tentunya akan ditempatkan di :
- Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadi korang kena study mengenai KKM dan jabatan-jabatan di bawahnya betui2.
Soalan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – Di jabatan mana dalam KKM, jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini akan ditempatkan?
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat asas seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah kesihatan, timbalannya, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi KKM dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Penolong Pegawai Farmasi
- Kenapa awak mohon sebagai Penolong Pegawai Farmasi?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Penolong Pegawai Farmasi yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi (soalan Lazim Temuduga)
- Sila kenalkan diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Pegawai Farmasi?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Penolong Pegawai Farmasi.
Korang perlu kreatif dalam soal ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi (soalan popular)
Nota: Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Sila kenalkan diri awak.
- Keja kat mana sebelum ni?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan ni?
- Apa tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi?
- Awak graduan UM kan? Apa yg awak belajar di UM & kaitannya dgn Penolong Pegawai Farmasi?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini?
- Ingat kan Rukun negara? Apa dia yg ke-2?
- Apa beza Sultan dengan Agong?
- Secara ringkas, bagaimana pengindenan dilakukan?
- Bagaimana cara termudah mendispen ubat-ubatan?
- Apa pendapat awak mengenai ganja? Boleh digunakan sebagai ubat?
- Awak sokong perubatan tradisional? Huraikan..
- Antara dadah dan ubat? Apa persamaannya?
- Kerja rutin di kaunter farmasi biasanya apa?
- Apa itu wad farmasi?
- Apa beza dengan Satelit farmasi?
- Selain membekalkan ubat, apa lagi fungsi kaunter farmasi?
- Apa cadangan awak untuk menjadikan Malaysia lebih proaktif dalam NAM?
- Awak rasa ASEAN masih releven?
- Ada nak tanya apa-apa sebelum awak keluar?
Sebaik-baiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut.
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Farmasi? Ianya adalah salah satu jawatan separa perubatan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga separa perubatan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang baki dalam bank tinggal beberapa puluh ringgit saja lagi. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Penolong Pegawai Farmasi).
Selain itu,
Korang juga boleh baca Soalan Temuduga Dan Cara Menjawab yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada enam sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting sekali!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam sesi temuduga Penolong Pegawai Farmasi itu nanti, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan simulasi temuduga separa perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet mencari bahan utk menghadiri temuduga Penolong Pegawai Farmasi yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Penolong Pegawai Farmasi). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga separa perubatan dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga Penolong Pegawai Farmasi. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga separa perubatan dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu untuk kawin. Tak pon, utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang lulus temuduga Penolong Pegawai Farmasi serta memperolehi masa depan yang bergemerlapan dan gemilang.
Kalau dapat kerja sebagai Penolong Pegawai Farmasi kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu pun dah tentu-tentu dalam genggaman.
Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan seumur hidup.
Sempat ke pos buku Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni?
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada sebarang pengeposan berlaku. Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun kesemua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 24 jam. Jadi tak perlu lagi tunggu Pos atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Penolong Pegawai Farmasi ini.
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Penolong Pegawai Farmasi. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga separa perubatan di sektor awam.
Penutup
SPRM sedang dalam proses membuat pengambilan jawatan Penolong Pegawai Siasatan P5. Ia sudah di peringkat saringan akhir yakni fasa temuduga. Dapatkan info penting di soalan temuduga Penolong Pegawai Siasatan P5 ni.
Jabatan Penerangan Malaysia masih menantikan kehadiran Pegawai Penerangan S9 baharu. SPA sudah mengeluarkan panggilan temuduga. Bagi calon yg layak, sila buat persiapan rapi. Dan jgn lupa baca soalan temuduga Pegawai Penerangan S9 ini.
Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pegawai Kebudayaan B1 / B5 / B9, dikatakan soalan temuduga B1 / B5 / B9 ni merupakan antara yang agak ‘susah’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga B1 / B5 / B9 lepas di soalan temuduga Pegawai Kebudayaan B1 / B5 / B9 ni.
Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pegawai Antidadah S9 dah diemelkan jadual dan lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pegawai Antidadah S9 ini.
Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Antidadah S1 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga tau. Baca soalan temuduga Pembantu Antidadah S1 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pembantu Keselamatan KP1 dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Keselamatan KP1 ni.
Kekosongan jawatan Penguasa Kastam WK9 sudah diiklankan. Dan kini untuk sesi panggilan temuduga WK9 kepada yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan temuduga, baca info penting contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK9 ni
Kementerian Sumber Manusia sedang menantikan kehadiran bakal Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S5 yang akan menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga yg digeruni ramai calon. Sila baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S5 ni.
Jabatan Tenaga Kerja juga telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi gred S9. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Di samping itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan S9 ni.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi itu nanti!