Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Korang dipanggil ke sesi temuduga Penguasa Kastam Gred WK41 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 9 Julai 2024 – 19 Julai 2024 ini? Tahniah diucapkan! Masalahnya kini – sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 yg bagus?

Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Gagal dalam temuduga Penguasa Kastam WK41 akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Penguasa Kastam WK41 ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Penguasa Kastam’ yg hensem gila atau ‘Akak Penguasa Kastam’ yg manis menawan.

Nota Penting: Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penguasa Kastam WK41 bagi ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 14 Mei 2024 – 17 Mei 2024 ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Penguasa Kastam WK41.

Untuk korang yg terpilih ke ujian psikometrik Penguasa Kastam WK41 untuk ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dijadualkan pada 2 April 2024 ini. Syabas diucapkan! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penguasa Kastam WK41.

Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan PSEE Penguasa Kastam WK41 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam WK41 ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

Permohonan jawatan kosong Penguasa Kastam WK41

Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Penguasa Kastam WK41 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Penguasa Kastam WK41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonanan

Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Penguasa Kastam WK41 ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.

Semakan penjadualan temuduga

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

PENGUASA KASTAM GRED WK41 DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : 9 JULAI 2024 – 19 JULAI 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-penguasa-kastam-wk41

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Persaingan jawatan Penguasa Kastam WK41

Panggilan ke temuduga jawatan Penguasa Kastam WK41 ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Penguasa Kastam WK41 lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!

Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,

Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Penguasa Kastam WK41 yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com

Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.

Sebelum ke contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.

Gaji Penguasa Kastam WK41

Perjawatan Penguasa Kastam WK41 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di pelbagai kementerian atau jabatan. Tapi utk kali ini, calon yang berjaya akan ditempatkan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Berikut adalah jadual gaji Penguasa Kastam WK41:

Gaji minimum RM2,094.00
Gaji maksimum RM9,585.00
Kenaikan Gaji TahunanRM225.00
Jadual Gaji Penguasa Kastam Gred WK41

Gaji permulaan Penguasa Kastam WK41 ialah RM2,094.00 (minimum).

Kadar gaji maksimum adalah RM9,585.00.

Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM225.00.

Skop Kerja Penguasa Kastam WK41

Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Penguasa Kastam WK41. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.

Apakah skop kerja / deskripsi tugas Penguasa Kastam WK41?

Ingat skop kerja Penguasa Kastam WK41 ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41 (berkaitan jabatan / kementerian)

Untuk temuduga kali ini, Penguasa Kastam WK41 akan ditempatkan di :

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jadi korang kena study jabatan dan kementerian yg terlibat betui2.

Soalan mengenai jabatan / suk ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – Jabatan Kastam Diraja Malaysia ni di bawah kementerian apa?

Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.

Contoh Soalan Bonus Temuduga Penguasa Kastam WK41

  • Kenapa awak mohon jawatan Penguasa Kastam WK41 ni?

Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.

Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.

Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Penguasa Kastam WK41 yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41 (soalan Lazim Temuduga)

  • Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.

Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahupun Temuduga Secara Bersemuka (TSB) untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.

Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com

Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Penguasa Kastam WK41. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.

  • Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41?

Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Penguasa Kastam WK41 ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.

  • Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Penguasa Kastam WK41 ini?

Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Penguasa Kastam WK41.

Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.

Nota: Contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.

  • Sila kenalkan diri awak.
  • Awak keja mana sebelum ni?
  • Gaji tinggi tu. Kenapa awak berhenti?
  • Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan Penguasa Kastam WK41 ni?
  • Apa tugas seorang Penguasa Kastam WK41?
  • Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar di sana dan kaitannya dengan tugas Penguasa Kastam WK41?
  • Apa tema kemerdekaan tahun ini ya?
  • Ingat kan Rukun negara? Apa rukun negara ke-5?
  • Kenapa awak nak mohon jawatan ni?
  • Apa beza Agong dengan Raja?
  • Boleh awak ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan?
  • Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan?
  • Apa kelemahan awak? Bagaimana awak atasinya?
  • Ada tgk belanjawan 2024? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
  • Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai?
  • Apakah Cukai Jualan?
  • Bilakah cukai jualan dikenakan?
  • Berapakah kadar Cukai Jualan yang dikenakan?
  • Katakan awak akan membekalkan makanan ringan ke Singapura pada setiap pagi untuk memenuhi permintaan pasaran di sana. Awak dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa produk makanan tersebut layak mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan. Apa​kah peruntukan yang ada untuk awak jadikan panduan bagi memastikan bahawa produk awak itu benar-benar dikecualikan? ​
  • Siapa yang dikehendaki membuat Pengisytiharan Matawang Dibawah Sek.23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA)
  • Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
  • Awak sanggup ke dihantar ke pedalaman Sabah Sarawak?
  • Awak boleh kerja berpasukan?
  • Biasa kerja ni lebih masa. Boleh ke?
  • Jelaskan peranan negara dalam NAM?
  • Ada apa-apa soalan?

Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..

Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.

Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Penguasa Kastam WK41? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga SPA

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Penguasa Kastam WK41).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Penguasa Kastam WK41 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Korang rasa?

4) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Penguasa Kastam WK41) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..

7) Murah gila gais!

Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler gais. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare utk temuduga!

Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Penguasa Kastam WK41. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.

Penutup

Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada korang yang berjaya dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Sementara itu, korang boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29 ni sebagai persiapan awal.

Pegawai Perhubungan Perusahaan S41 adalah jawatan yg ‘popular’ dan sering dibuat pengambilan oleh SPA untuk Kementerian Sumber Manusia. Jadi, calon yg dipanggil mmg super ramai. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41 ini.

Kpd korang yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Pengajar Gred U41 (Jururawat), dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘rumit’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di soalan temuduga Pengajar Gred U41 (Jururawat) ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Pembantu Pegawai Latihan E19 dah diemelkan jadual dan masa temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Pembantu Pegawai Latihan E19 ini.

Panggilan temuduga utk jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 telah dikeluarkan. Sekiranya korang juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni tau. Baca contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga korang.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 dalam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada calon yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan ni, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19.

Kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19 di Jabatan Pengangkutan Jalan sudah diiklankan. Dan kini panggilan temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 kepada calon yang berjaya telah dikeluarkan. Jika korang dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 ni.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sedang menantikan kehadiran calon-calon Penghantar Notis N11 yang akan menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga yg digeruni ramai calon. Sila baca contoh soalan temuduga Penghantar Notis N11 ni utk persediaan awal.

Korang terpilih dipanggil ke temuduga Pegawai Veterinar GV41? Wow.. tahniah gais. Tapi bukan senang nak lepas tu. Baca dulu soalan lazim GV41 di soalan temuduga Pegawai Veterinar GV41.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 itu nanti dengan baik!

1 thought on “Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41”

Leave a Comment

error: Content is protected !!