Korang dipanggil ke sesi temuduga Kerani pada bulan ini? Tahniah diucapkan! Bukan senang nak dapat kerja tetap sekarang ni. Buat sehabis baik. Cuma, masalahnya kini – masih tak pasti apa nak prepare sebelum pegi iv tu? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Kerani yg bagus?
Isi Kandungan
Gagal dalam temuduga Kerani akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan tetap. Gagal temuduga Kerani ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abg Kerani’ yg hensem gila atau ‘Akak Kerani’ yg manis menawan.
Nota Penting: Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 11 Ogos 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1.
Permohonan jawatan kosong Kerani
Sekiranya korang ingin mengisi kekosongan jawatan Kerani secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan kosong Kerani atau Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (termasuk jawatan Kerani ini) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.
Semakan penjadualan temuduga Kerani
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 4 – 7 Nov 2024]
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Nota:
Perhatian kepada calon yang memohon jawatan tersebut untuk menyemak emel masing-masing bagi mendapatkan arahan serta maklumat selanjutnya untuk menghadiri sesi temuduga tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi SPA Kedah di :-
Emel : espa@kedah.gov.my
eTiket eSPA
Persaingan jawatan Kerani
Panggilan ke temuduga jawatan Kerani ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Kerani lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Kerani yang mantap! – pesanan soalantemuduga.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum kita ke contoh soalan temuduga Kerani, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Kerani
Perjawatan Kerani adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan admin/pelaksana/sokongan.
Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di pelbagai Syarikat/Kementerian/Jabatan.
Gaji permulaan Kerani ialah RM1,500.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM4,680.00.
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00 (untuk sektor awam). Manakala, di sektor swasta, kadar KGT ini adalah berbeza mengikut berapa yang syarikat tawarkan.
Skop Kerja Kerani
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Kerani. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga kerja kerajaan.
Apakah skop kerja Kerani?
Ingat skop kerja Kerani ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Sementara, untuk soalan temuduga Kerani di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), jawapan bagi skop kerja Kerani berlainan sedikit:
Apakah skop kerja Kerani di SPP?
Ingat dua skop kerja Kerani di SPP ini untuk kegunaan semasa menjawab soalan temuduga nanti:
Aspek Perkeranian
(a) Pentadbiran pejabat
(b) Pengurusan personel
(c) Pengurusetiaan
(d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
(e) Pengurusan rekod
(f) Pengurusan kewangan
(g) Pengurusan fail
Aspek Operasi
(a) Pengurusan Keselamatan dan Ketenteraman
(b) Pengurusan kebersihan
(c) Pengurusan utiliti
(d) Pengurusan tanah dan kemudahan awam
(e) Perkhidmatan Kaunter dan pemprosesan
(f) Pengurusan data dan maklumat
(g) Protokol dan istiadat
(h) Penguatkuasaan
(i) Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi – penghantaran (coding), penerimaan (decoding) dan pemprosesan maklumat (reporting)
(j) Pengurusan aktiviti setempat
Contoh Soalan Temuduga Kerani (berkaitan jabatan / Syarikat)
Kerani biasanya akan ditempatkan di :
- Pelbagai Syarikat/Perusahaan
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Jadi korang kena study syarikat yang panggil korang iv tu atau kementerian ni atau jabatan-jabatan yg terlibat.
Soalan mengenai syarikat atau kementerian dan jabatan di bawahnya dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama CEO, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi syarikat dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Kerani
- Kenapa awak mohon jawatan Kerani ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana: lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan syarikat / kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Kerani yang berkaliber. – pesanan soalantemuduga.com
Contoh Soalan Temuduga Kerani (soalan Lazim Temuduga)
- Sila kenalkan diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga. Tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta. Dan tidak kira sama ada Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahupun Temuduga Secara Bersemuka (TSB).
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – pesanan soalantemuduga.com
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai dan wajar dilantik ke jawatan Kerani. Cuma pastikan korang tak melalut. 2-3 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat HR atau penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
- Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Kerani?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan Kerani ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
- Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Kerani ini?
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Kerani.
Korang perlu kreatif dalam menangani soalan temuduga ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Kerani (soalan popular)
Nota: Contoh Soalan Temuduga Kerani yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Sila kenalkan diri saudara.
- Awak keja mana sebelum ni?
- Gaji agak bagus tu. Kenapa awak berhenti?
- Apa kelebihan awak untuk diambil sebagai Kerani di sini?
- Apa tugas seorang Kerani yg awak tahu?
- Kenapa awak nak mohon kerja sini?
- Awak graduan Institut X kan? Apa awak belajar di sana dan kaitannya dengan tugas Kerani?
- Berikan lima tugas dalam aspek perkeranian? Boleh jelaskan satu-persatu.
- Ada tgk belanjawan 2025? Apa yg boleh awak simpulkan utk belajawan kali ni?
- Apa pula tugas kerani dalam aspek operasi?
- Sanggup kerja lebih masa?
- Jawatan ni gaji dia kecik. Awak tak kisah ke?
- Awak sanggup ke kalau dihantar ke cawangan yang jauh?
- Bagaimana awak mengurus tekanan?
- Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
- Ada apa-apa soalan?
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Kerani di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Kerani? Ianya adalah salah satu jawatan yg popular di sektor swasta dan kerajaan. Rujukan persediaan temuduga di bawah boleh anda gunakan sebagai rujukan walau pun korang dipanggil untuk iv di syarikat swasta..
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Kerani).
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Kerani tu nanti, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 13 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Kerani) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM47 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM470 pada masa ini? Tiada apa sgt pun pada masa ini. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula perpare utk sesi temuduga!
Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Kerani. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor swasta mahupun sektor awam.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Kerani itu nanti! Dan didoakan semoga korang diambil bekerja. Aamin..