soalantemuduga.com merupakan sebuah blog berkaitan kerjaya yang kami da sira dengan cili. Bukan cili boh tapi cili warna putih yang pedas tu. Kami pun tak tahu apa ke namanya. Kami ni bukannya tahu masak, orang rumah kami yang pandai. Blog soalantemuduga.com ni ialah platform perkongsian infomasi daripada kami sendiri. Kalau nak kira, kami memang malas nak kongsi apa-apa dengan korang tapi sebab kami sayangkan korang semua maka kami isi juga la masa lapang dengan menulis di sini. Sambil-sambil tunggu nenek siap masak.
Secara ringkasnya, topik yang akan kami cover dalam blog soalantemuduga.com ini hanya satu sahaja iaitu:
Sila ambil perhatian, korang jangan cedok bulat-bulat semua yang kami cakap dalam blog soalantemuduga.com ni pula. Boleh jadi kami salah. Kami mengaku. Jadi korang jangan salahkan kami pula atas sebarang kerugian, kerosakan, kehilangan atau apa-apa jua liabiliti yang korang tanggung selepas menerima bulat-bulat apa yang kami kongsikan. Atau terbeli produk yang kami syorkan.
Memang la kami pastikan hanya produk berguna dan berkualiti yang kami suruh korang beli. Biasanya panduan dan rujukan khusus ke temuduga. Takdenya kami nak suruh korang beli game atau suruh korang masuk skim cepat kaya. Tapi pinta kami, tolong jangan bergantung sepenuhnya kepada panduan dan rujukan tersebut sahaja. Ia memang cukup, tapi tidak memadai.
Satu lagi pesanan kami, jangan berhenti belajar. Jangan ingat korang da ada diploma ke degree ke maka tugas belajar sudah selesai. Kalau korang nak berjaya, kena rajin study perkara baharu. Katakan korang nak duduk temuduga Juruaudit W41, korang hengat baca rujukan temuduga da cukup? Tak sama bhai..
Kena belajar semula. Kena tahu apa tugas hakiki, dimana korang bakal ditugaskan dan berapa gaji.
Korang kalau bab gaji memang pantas.. Dah dapat gaji esok jangan berhutang tak ingat dunia pula. Personal loan, hutang keta, kad kredit bla bla..
Alih-alih da paras hidung. Last-last nak beli rumah pun dah tak mampu. Yang lemas korang, bukan kami. Kami ingatkan jer.
Balik semula ke temuduga tu, sebab korang pun belum lulus lagi. So jangan nak berangan beli keta Honda City dulu. Selain soalan asas berkaitan tugas, temuduga by SPA juga mahu menguji kemahiran personal dan komunikasi korang.
Akhirul kalam, kami doakan korang semua berjaya dalam temuduga yang bakal dihadiri kelak. SPA ni bukan kita boleh ramal, kekadang dia punya interview pakai bersemuka, kekadang pakai TSOI. Jadi apa-apa hal terkini mengenai perkembangan SPA kami akan update dlm blog soalantemuduga.com ni.
Awal-awal kami nak minta maaf ye sebab kami ni kadang kalau gurau memang kasar sikit. Jadi sepanjang masa ketika korang melayari blog soalantemuduga.com ni, korang akan jumpa banyak sindirian sinis, kata-kata nasihat dan sebagainya. Pesan kami, korang hadap ja la. Tak payahlah kecik hati sangat..
Nota: Sebelum korang menggunakan apa-apa maklumat daripada blog soalantemuduga.com ni. Dan sebelum korang ambil bulat-bulat apa yang kami tulis. Korang kena baca dahulu Privacy Policy atau dasar privasi blog soalantemuduga.com ni. Kami tak mahu korang salahkan kami di kemudian hari.
Nota lagi: Bagi yang ada pertanyaan atau ada sebarang cadangan, korang boleh menggunakan beberapa saluran yang disediakan untuk menghubungi kami ini.